vivo Y100 5G hadir dengan cip pemprosesan termaju SD 4 Gen 2 - FOTO vivo
vivo Y100 5G hadir dengan cip pemprosesan termaju SD 4 Gen 2 - FOTO vivo
Syamirul Hakimi Ismail

Jenama yang sentiasa mengutamakan kepuasan pengguna, vivo kini tampil dengan siri terbaru iaitu vivo Y100 5G.

Siri Y kali ini menyasarkan golongan belia dan remaja yang aktif dan kreatif.

Telefon pintar ini menawarkan gabungan sempurna antara reka bentuk yang bergaya, skrin menakjubkan dan prestasi yang kukuh bagi menyokong pelbagai aktiviti dan gaya hidup pengguna.

Tarikan terbaharu

vivo Y100 5G hadir dengan reka bentuk yang nipis dan ringan dengan ketebalan hanya 7.79 mm dan berat 185.5 gram. 

Jadilah pengguna yang luar biasa dan bergaya dengan vivo Y100 5G yang ditawarkan dalam tiga pilihan warna estetik iaitu Leather Purple dan Crystal Black.

Menariknya, vivo Y100 5G direka  menggunakan teknologi Anti-Stain Coating dan hanya diperbuat daripada EcoFiber Leather yang berkualiti.

Paparan dan prestasi menakjubkan 

Selain itu, peranti ini menampilkan paparan FHD+ AMOLED 6.67 inci, membawa pengalaman visual luar biasa kepada pengguna dengan kecerahan sehingga 1,200 nits.

Dengan kadar penyegaran 120Hz, ia memberikan pergerakan yang lancar dan responsif semasa pengguna bermain permainan atau menonton video.

Selain itu, vivo Y100 5G dikuasakan  cipset Snapdragon 4 Gen 2, RAM LPDDRX seluas 8GB dan storan UFS 2.2 256GB.

Siri Y baharu ini memberikan prestasi yang mantap dan kecekapan kuasa tinggi bagi menyokong pelbagai kegunaan harian pengguna.

Selain itu, kad mikro SD 1TB juga tersedia bagi membolehkan pengguna memuat turun dan menyimpan data pada peranti tanpa sebarang kerisauan. 

Kamera berkualiti tinggi

Dilengkapi ciri fotografi terunggul, telefon pintar ini direka sesuai untuk generasi muda masa kini bagi mengekspresikan diri mereka menerusi foto dan video.

vivo Y100 5G didatangkan dengan tiga kamera yang menampilkan sensor utama 50MP, lensa ultra lebar 8MP dan sensor kelipan di bahagian belakangnya.

Manakala, kamera bahagian hadapan pula dilengkapi kamera swafoto 8MP F2.0.

Tidak ketinggalan, telefon pintar ini juga dilengkapi pelbagai ciri fotografi lanjutan, seperti Mod Malam Super, Peningkatan Imej AI, dan Mod Potret.

Bateri tahan lama, dilengkapi pengecasan pantas

Mempunyai bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W menerusi USB-C yang boleh mengecas semula bateri sehingga 80 peratus dalam masa 30 minit. 

Uniknya, vivo Y100 5G dilengkapi dengan enjin pengecas pintar 2.0 yang mana sistem telefon pintar ini mampu mempelajari senario pengecasan pengguna dan memberikan pengguna masa nyata perlindungan. 

Kini pengguna boleh mengecas semasa menggunakan telefon atau ketika skrin dimatikan.

Ciri ini mampu memastikan hayat bateri tahan lebih lama.

Pembesar suara dwi stereo dan penggalak audio

Telefon pintar ini menawarkan pengalaman audio yang mengasyikkan dengan dual stereonya pembesar suara dan penggalak audio, berfungsi untuk meningkatkan volume sehingga 300 peratus.

Gabungan ini memberikan pengalaman yang mengasyikkan seakan berada dalam dunia nyata.

Kualiti bunyi yang lebih halus dan jelas mewujudkan kesan yang lebih berdimensi dan mantap.

Ia juga mempunyai pensijilan berwayar Hi-Res bagi memastikan audio sentiasa kekal berkualiti tinggi. 

Pengguna kini boleh mengalami sendiri pengalaman audio sama ada berwayar atau tanpa wayar serta mampu meningkatkan keseronokan kandungan multimedia.

Dengan segala prestasi mengagumkan, siri vivo Y100 5G pasti menjadi pilihan terbaik buat generasi muda masa kini.

vivo Y100 5G kini boleh didapati pada harga RM1199 untuk storan 256GB.

Tidak ketinggalan, vivo Malaysia bakal mengadakan promosi jualan pertama mereka dari 28 Februari 2024 hingga 28 Mac 2024. Lebih jimat, lebih murah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vivo Y100 5G, layari laman web vivo sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2024 @ 10:14 AM