vivo memperkenalkan siri V30 5G baharu, lebih canggih dari sebelumnya. Foto - vivo
vivo memperkenalkan siri V30 5G baharu, lebih canggih dari sebelumnya. Foto - vivo
Syamirul Hakimi Ismail

Dalam era digital yang semakin maju, keperluan memiliki telefon pintar untuk menyokong aktiviti harian amatlah penting. 

Syarikat teknologi antarabangsa terkemuka, vivo memperkenalkan siri V30 5G serba canggih dengan mengambil kira keperluan gaya hidup pengguna serta mampu merakam setiap detik indah dalam kehidupan.

Siri V kali ini bukan saja menjanjikan sambungan pantas melalui rangkaian 5G, malah ia turut mementingkan keunikan reka bentuk, kemajuan paparan dan paling penting fungsi kamera.

Selain itu, cip pemprosen perdana 4nm turut disertakan pada telefon pintar ini yang berupaya memacu prestasi peranti supaya lebih berkuasa di samping meningkatkan pengalaman pengguna.

Kamera berkualiti

Buat pertama kalinya, siri V kali ini dilengkapi dengan spesifikasi teknologi kamera termaju hasil kerjasama dengan syarikat lensa kamera terbaik ZEISS.

Bagi V30 Pro 5G, ia mempunyai tiga lensa kamera berkualiti iaitu lensa potret 50 MP, lensa sedut lebar 50 MP dan lensa utama 50 MP dengan OIS.

Ini membolehkan pendedahan lebih lama dan meningkatkan kemasukan cahaya bagi menghasilkan gambar yang lebih stabil serta berkualiti walaupun diambil dalam keadaan cahaya malap.

Potret Cahaya Aura 3.0

Pengguna yang mempunyai gaya hidup aktif sangat memerlukan kamera dengan spesifikasi perisian yang hebat untuk membantu mereka merakam setiap detik menarik. 

Sistem Potret Cahaya Aura 3.0, mampu menghasilkan potret malam semula jadi melalui kamera utama belakang dengan kesan pencahayaan lembut peringkat studio.

Mempunyai kawasan pemancar cahaya yang 19 kali lebih besar dan 50 kali lebih lembut yang bukan saja meningkatkan daya tarikan visual malah ia memberikan pencahayaan yang mengagumkan.

vivo V30 Pro 5G, menawarkan pengesyoran pintar berkuasa AI dan menyokong pencahayaan sensitif jarak jauh yang melaraskan kecerahan Cahaya Aura bagi memastikan foto lebih berkualiti.

Ia juga didatangkan dengan ciri inovatif pelarasan suhu warna pintar yang membolehkan peranti ini disesuaikan dengan pelbagai persekitaran dengan suhu warna yang berbeza.

Prestasi lancar

Lengkap dengan cip pemprosen perdana 4nm yang canggih, siri vivo V30 ini beroperasi dengan kapasiti kuasa yang sangat rendah, kelajuan pemprosesan lebih tinggi dan peningkatan prestasi ketara berbanding generasi sebelumnya. 

Lebih hebat, vivo V30 Pro 12+512GB dilengkapi dengan 'Extended' RAM 4.0 yang menyokong tambahan 12 GB RAM daripada 12 GB RAM yang asal. 

Hal ini, dapat memampatkan serta memproses data aplikasi di latar belakang, meningkatkan bilangan aplikasi terbuka aktif dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Salah satu spesifikasi yang tidak kurang hebatnya ialah kehadiran Paparan AMOLED 1.5K yang mampu memaparkan resolusi HD+ Penuh serta menghasilkan tahap kecerahan maksimum sehingga 2800 nits dengan kadar segar semula 120 Hz. 

vivo V30 Pro 5G sudah terbukti mampu memberikan pengalaman visual yang lebih jelas dan selesa.

Warna estetik

Uniknya kali ini, siri vivo V30 adalah telefon pintar paling langsing keluaran vivo dengan mempertaruhkan warna Petals White yang terinspirasi daripada bunga mekar.

Seterusnya, warna Aquamarine adalah edisi warna biru kehijauan pada permukaan kaca yang licin, menampilkan corak air yang menakjubkan.

Akhir sekali, warna Noble Black yang lebih sesuai untuk semua peringkat umur dan edisi ini menggunakan kaca fluorite AG, memberikan rupa yang halus dan mewah. 

Setiap warna mempunyai aliran reka bentuk menawan yang memberikan rupa estetik, ringkas dan elegan.

Bateri tahan lama

Menggunakan teknologi bateri terkemuka, vivo menggandakan jangka hayat bateri siri V30 walaupun selepas 1,600 kitaran cas-nyahcas, kapasiti bateri masih kekal melebihi 80%.

Siri vivo V30 juga dilengkapi bateri 5,000mAh (TYP) dengan kuasa pengecasan 80W dan mampu mengecas peranti ini hingga 100 peratus dalam masa  48 minit saja.

Bukan itu saja, mempunyai ciri Penjimat Bateri Super di mana pada satu peratus paras bateri, ia masih lagi mampu berfungsi secara berkesan.

Dapatkan siri vivo V30 sekarang!

Orang ramai kini boleh membuat tempahan awal untuk siri V30 dan berpeluang menikmati pelbagai hadiah eksklusif.

Peranti serba baharu vivo V30 ini juga boleh didapati melalui pengedar sah vivo, E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut layari laman web rasmi vivo Malaysia sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2024 @ 11:35 AM