Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Kediaman rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, di sini, dilihat lengang tanpa sebarang pergerakan.

Tinjauan portal Harian Metro, hari ini mendapati beberapa pengamal media sudah berkumpul bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan yang ditemui mengakui kediaman terbabit tidak berpenghuni.

"Tiada apa-apa, kita pun tidak dimaklumkan apa-apa," katanya.

KEADAAN terkini suasana kediaman rumah bekas Perdana Menteri, Najib Razak di Langgak Duta. FOTO Aswadi Alias
KEADAAN terkini suasana kediaman rumah bekas Perdana Menteri, Najib Razak di Langgak Duta. FOTO Aswadi Alias

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan Najib dikatakan mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan, semalam.

Terdahulu pagi ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang turut berada dalam lembaga itu secara ringkas memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.

Katanya, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara, namun tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi berkenaan akan dikeluarkan.

Lembaga Pengampunan bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan difahamkan salah satu agenda mesyuarat adalah mengenai pembebasan Najib

Bagaimanapun, Zaliha enggan mengulas lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2024 @ 3:49 PM