RAFIZI (kanan) berucap pada sesi bersama kepimpinan mahasiswa UiTM cawangan Selangor di UiTM Puncak Alam, malam tadi. FOTO Bernama.
RAFIZI (kanan) berucap pada sesi bersama kepimpinan mahasiswa UiTM cawangan Selangor di UiTM Puncak Alam, malam tadi. FOTO Bernama.
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menafikan proses pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) terlalu perlahan.

"Dalam mana-mana sistem pun biasalah.. kecuali kalau kita tawar RM1,000 seorang untuk mendaftar, ia akan menjadi cepat.

"Sebab itu, kita akan terus pantau perkara ini. Kalau perlu intervensi (campur tangan) dari semasa ke semasa, ia akan terus berjalan demi mencapai sebanyak mungkin sasaran," katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Geran di bawah program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Sesi Townhall bersama Kepimpinan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Selangor di UiTM Puncak Alam, di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose.

Semalam, beliau dilapor berkata, lebih sejuta individu sudah mendaftar pada hari kelapan sistem itu dilancarkan, dan jentera kerajaan turun padang membantu untuk meminimumkan risiko keciciran dalam pelaksanaan subsidi bersasar melalui pendaftaran Padu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2024 @ 12:04 PM