Lelaki berusia 49 tahun ditemui mati di dalam sebuah kereta Proton Wira di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Bandar Damansara Perdana, di sini, malam tadi. FOTO IHSAN PDRM
Lelaki berusia 49 tahun ditemui mati di dalam sebuah kereta Proton Wira di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Bandar Damansara Perdana, di sini, malam tadi. FOTO IHSAN PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Lelaki berusia 49 tahun ditemui mati dalam kereta Proton Wira di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Bandar Damansara Perdana, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat melalui MERS 999 pada jam 8.40 malam, memaklumkan ada orang tidak sedarkan diri dalam kereta.

Menurutnya, ambulans dari Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi dan mengesahkan kematian satu lelaki.

"Siasatan di tempat kejadian dapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakrudin berkata, kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Damansara, Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2024 @ 5:58 PM