LAPORAN Harian Metro hari ini
LAPORAN Harian Metro hari ini
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Polis membuka semula laluan masuk ke kawasan Taman Perindustrian Jaya di Ara Damansara yang ditutup berikutan terdapat kebocoran gas Ammonia di kilang memproses ais, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bacaan indeks pencemaran menunjukkan penurunan ke tahap normal jam 5.30 petang tadi.

"Polis membuka semula laluan masuk ke dalam kawasan perindustrian.

"Org ramai boleh memasuki kawasan perindustrian namun pemantauan secara berkala akan dijalankan oleh unit peronda polis (MPV)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan Taman Perindustrian Jaya di Ara Damansara ditutup selepas dikesan terdapat kebocoran gas Ammonia di kilang memproses ais, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Oktober 2023 @ 7:32 PM