ALLAHYARHAM Zayn Rayyan.
ALLAHYARHAM Zayn Rayyan.
Muhaamad Hafis Nawawi dan Suhanna Iskandar


Sungai Buloh: Kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga bedah siasat selesai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, punca kematian kanak-kanak berusia enam tahun itu setakat ini masih belum dikenal pasti.

"Kes disiasat sebagai kes mati mengejut sehingga bedah siasat selesai.

"Polis berterima kasih kepada semua agensi yang terbabit dalam operasi pencarian mangsa termasuk penduduk sekitar Damansara Damai," katanya.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam tadi.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) dan sedang menjalani prosedur bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 1:58 PM