AHMAD Farhan ketika melawat Mak Jah, hari ini. FOTO FB Anwar Ibrahim
AHMAD Farhan ketika melawat Mak Jah, hari ini. FOTO FB Anwar Ibrahim
BERNAMA

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kepada pelakon veteran Maimunah Ahmad, atau Mak Jah, yang berdepan masalah kesihatan.

Dalam catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi pelakon itu di Cheras pagi tadi.

"Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf yang menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia perfileman.

"Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepadanya bagi membantu urusan perubatan Mak Jah," menurut catatan itu.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Baru-baru ini, Mak Jah, 74, mendedahkan beliau sudah tidak mampu menerima tawaran lakonan gara-gara masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2023 @ 7:55 PM