GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Luruan monsun dijangka berlaku di pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah selama tiga hari bermula 16 hingga 18 November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu juga boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang turut berpotensi membawa hujan berterusan dalam tempoh berkenaan.

Menurutnya, pada masa sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.

"MET Malaysia sedang memantau keadaan itu dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan serta amaran angin kencang dan laut bergelora sekiranya perlu.

"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2023 @ 2:43 PM