RAZALI (kanan) pada Majlis Pelancaran Jentera PN bagi PRK Kemaman. FOTO Rosli Ilham
RAZALI (kanan) pada Majlis Pelancaran Jentera PN bagi PRK Kemaman. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Chukai: Perikatan Nasional (PN) menafikan tidak pernah berunding dengan Kerajaan Perpaduan berhubung dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris berkata, sebelum ini wakil daripada PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berunding berhubung dengan peruntukan itu.

"Untuk mendapat peruntukan itu kena sokong Perdana Menteri apa saja rang undang-undang, keputusan yang dibuat di Parlimen nak kena sokong.

"Tapi kalau dia Perdana Menteri buat perkara-perkara yang bercangah dengan prinsip parti, perjuangan parti, dan undang-undang parti mana kita boleh sokong.

"Sebab itu kita hentikan rundingan terbabit dan kita ambil keputusan tidak dapat peruntukan pun tak apalah," katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pilihanraya Pas dan Pakatan Nasional (PN) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Padang Astaka, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Seri Annuar Musa dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang.

Dalam pada itu, Razali berkata, pihaknya tidak dapat menghalang sekiranya masih ada lagi di kalangan ahli Parlimen pembangkang yang akan menyokong Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen itu sangat dikesali kerana tidak memikirkan bahawa ia mengundang kemarahan penyokong dan pengundi.

Razali berkata, lebih baik mereka meletakkan jawatan dan menyerah balik kerusi kepada rakyat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2023 @ 11:50 AM