GAMBAR fail. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR fail. FOTO Arkib NSTP
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Bekalan air bersih dan selamat di semua kawasan yang terjejas susulan pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, awal pagi tadi mula disalurkan berperingkat, mulai 7 malam hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya di Facebook, malam ini berkata, ketika ini status pemulihan mencapai 24.5 peratus dan dijangka pulih sepenuhnya 12 tengah malam, Khamis ini.

Pada masa sama katanya, keempat-empat LRA iaitu SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang beroperasi sepenuhnya.

Dalam perkembangan berasingan, kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di LRA Sg Langat masih dijalankan dan mengalami sedikit kelewatan.

Air Selangor berkata, ia dijangka siap 9 malam ini.

"Bagaimanapun, kelewatan dalam pelaksanaan kerja ini tidak akan menjejaskan pemulihan penuh bekalan air di kawasan terjejas di wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat.

"Bekalan air masih dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, Khamis ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2023 @ 9:56 PM