GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Juwan Riduan


Kudat: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki cuba merogol seorang pelajar di kawasan semak berhampiran Jalan bawah, di sini, hari ini.

Suspek berusia 30 tahun ditahan oleh orang awam yang menyedari kejadian itu, pada 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 7.05 pagi.

Katanya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat digerakkan ke tempat kejadian.

"Anggota polis berjaya menangkap suspek yang terbabit selepas diserahkan oleh orang awam yang menyedari kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Oktober 2023 @ 7:08 PM