Mohammad Asyraf Khalib

SUATU ketika dahulu, bekerja sebagai penghantar barang mungkin dianggap sebagai satu pekerjaan yang biasa.

Tidak ramai yang sanggup berdepan cabaran seperti bekerja di bawah panas terik, tersekat dalam kesesakan lalu lintas atau berisiko terbabit kemalangan jalan raya.

Namun, situasi itu jauh berbeza apabila kini lebih ramai rakyat Malaysia memilih pekerjaan ini berikutan kehadiran platform penghantar yang menawarkan pelbagai manfaat termasuk pulangan pendapatan yang tinggi.

Lalamove adalah salah satu platform penghantaran yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia dengan tawaran pendapatan yang berbaloi, peluang kerja fleksibel dan ganjaran eksklusif.

Banyak manfaat

Rakan penghantar Lalamove tidak terikat dengan waktu kerja khusus, malah boleh menentukan waktu dan hari bekerja sendiri. 

Selain itu, tiada kuota minimum penghantaran yang perlu dipenuhi sepanjang masa oleh rakan penghantar Lalamove. 

Pendek kata, tidak kira anda ingin bekerja sepenuh masa atau separuh masa, pilihan sepenuhnya di tangan sendiri.

Selain waktu kerja yang fleksibel, Lalamove juga sentiasa menerima jumlah pesanan tinggi daripada pelanggan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan perusahaan kecil dan sederhana. 

Dengan rekod yang cemerlang sejak 2018, rakan penghantar Lalamove tidak perlu bimbang kerana mereka pasti boleh menjana pendapatan lumayan secara konsisten setiap bulan. 

Lebih menarik, Lalamove turut menyediakan pelbagai insentif dan ganjaran menarik kepada rakan penghantarnya seperti diskaun servis kenderaan, diskaun petrol serta peluang menjana pendapatan tambahan setiap bulan menerusi Program Sticker Lalamove. 

Selain itu, rakan penghantar Lalamove juga dilindungi insurans kemalangan peribadi secara percuma setiap kali melakukan tugas penghantaran.

Paling menarik, syarat untuk menjadi rakan penghantar Lalamove juga sangat mudah kerana anda hanya perlu memenuhi tiga kriteria utama iaitu:

  1. Memiliki kenderaan seperti motosikal, kereta, van, pacuan empat roda atau lori
  2. Berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai lesen memandu yang sah atau lesen GDL untuk pemandu van dan lori
  3. Menggunakan telefon pintar dengan sistem operasi iOS 11.0 ke atas atau Android 6.0 ke atas.

Hadiah istimewa sempena Aidilfitri!

Bagi mereka yang belum mendaftar sebagai rakan penghantar Lalamove, ini adalah masa terbaik kerana Lalamove kini melancarkan peraduan Sprint2Win yang menawarkan hadiah lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM34,000 kepada rakan penghantar baru. 

Rakan penghantar yang bertuah berpeluang membawa pulang hadiah berupa baucar Touch 'n Go bernilai sehingga RM500 dan sebuah televisyen pintar.

Peraduan Sprint2Win hanya terbuka kepada rakan penghantar baru yang mendaftar dengan motosikal, kereta, van, pacuan empat roda atau lori dari 10 Mac hingga 3 April 2023.

Hadiah kempen Sprint2Win akan diberikan kepada rakan penghantar yang memenuhi jumlah pesanan tertinggi untuk setiap kategori kenderaan dari 8 April hingga 28 April 2023.

Jangan lepaskan peluang merebut hadiah menarik menerusi peraduan Sprint2Win dengan mendaftar sebagai rakan penghantar baru Lalamove. Sila layari laman sesawang www.lalamove.com untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2023 @ 4:16 PM