Nurshafika Suhaimi

APABILA si manja kurang sihat, ia selalu menimbulkan kerisauan hati ibu bapa terutama jika si manja anda masih kecil berumur kurang dari 3 tahun. 

Lazimnya ia diikuti dengan demam dan akan reda dalam satu atau dua hari selepas menerima rawatan di rumah.

Bagaimanapun, sekiranya si manja anda mengalami tanda-tanda seperti tidak bermaya atau kurang fokus, mungkin mereka mengalami masalah kekurangan zat besi (IDA) yang sering berlaku pada kanak-kanak.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak kecil paling mudah terjejas oleh kekurangan nutrisi zat besi.1

Pada tahun 2019, kadar anemia dalam kalangan kanak-kanak global berumur bawah 59 bulan adalah 39.8 peratus, bersamaan dengan 269 juta orang kanak-kanak.2

Manakala, pada tahun 2022, hampir 1 daripada 3 kanak-kanak atau 46.5 peratus kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah 59 bulan mengalami anemia.3

Jumlah ini agak membimbangkan kerana ia boleh mengakibatkan badan tidak dapat menghasilkan hemoglobin (Hb), iaitu protein penting dalam sel darah merah, yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Ia seterusnya akan memberi kesan buruk kepada perkembangan fizikal dan mental jangka panjang dan beberapa kesan lain yang mungkin tidak dapat dipulihkan.

Pelbagai gejala boleh dihadapi oleh kanak-kanak yang menghidap IDA termasuk kurang fokus, keletihan, lemah, pening, kuku rapuh, dan kulit pucat.

Melalui satu kajian yang dijalankan oleh Danone dengan kerjasama Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya, 1 daripada 3 kanak-kanak di bawah 36 bulan di negara ini berisiko untuk menghidapi anemia melalui ujian iron strong study*.

Kajian Kuat Zat Besi ini dijalankan menerusi kerjasama diketuai oleh Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin.

Menurut Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin selaku Ketua Penyelidik kajian berkata, kekurangan zat makanan merupakan penyumbang besar kepada IDA atau Anemia Kekurangan Zat Besi, yang boleh menyebabkan komplikasi tumbesaran yang tidak dapat dipulihkan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia.

Implikasinya melangkaui pertumbuhan fizikal, ia turut menjejaskan perkembangan kognitif dan fungsi imun.

Secara amnya terdapat beberapa jenis anemia namun Anemia Kekurangan Zat Besi atau IDA adalah paling lazim yang sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak di kawasan bandar dan luar bandar.

Justeru itu, ibu bapa digalakkan memberikan si manja mereka dengan makanan yang seimbang, kaya dengan zat besi seperti telur, ikan, brokoli, daging, dan sumber protein yang lain. 

Selain daripada makanan tinggi dengan zat besi, ibu bapa juga boleh memberikan si manja susu Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif bagi memastikan mereka terus mendapat nutrisi harian yang secukupnya.

Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif diformulasi dengan gabungan unik zat besi dan Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi sebanyak dua kali ganda. 

Pengambilan tiga  gelas susu Dugro sehari mampu membekalkan 100 peratus keperluan zat besi bersama nutrien penting lain seperti DHA, kalsium dan 21 vitamin serta mineral  kepada si manja untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan 360 harian mereka.

Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif boleh didapati di rangkaian pasaraya seluruh Malaysia atau ketika 'roadshow' yang bakal berlangsung nanti. 

Menariknya, selain si manja berpeluang dapat ujian saringan anemia percuma, ibu dan bapa berpeluang membawa pulang satu botol air percuma untuk setiap pembelian RM50 dalam satu resit.

Memahami cabaran ibu bapa hari ini, syarikat makanan terkemuka, Danone kekal berazam untuk menyokong keluarga-keluarga di Malaysia yang sedang mengharungi cabaran kesihatan dan nutrisi yang lazim berlaku dalam masyarakat hari ini.

Mereka juga memperkenalkan ujian saringan anemia tanpa invasif secara percuma.

Ujian saringan ini dilakukan tanpa perlu menggunakan kaedah tradisional pengambilan darah yang menyakitkan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko menghidapi anemia.

Dapatkan ujian saringan percuma dan maklumat lanjut mengenai Generasi Kuat Zat Besi Dugro di laman web Dugro

Rujukan

[1] World Health Organisation (2008) Worldwide prevalence of anaemia 1993–2005. In: de Benoist B, McLean E, Egli I, Cogswell M, editors. WHO global database on anaemia. Geneva: World Health Organization

[2] Anaemia in women and children (2021). World Health Organization. https://www.who.int/data/gho/data/themes/topics/anaemia_in_women_and_chi... 85683&utm

[3] Ministry of Health, Malaysia Institutite for Public Health, NHMS 2022: Maternal and Child Health; wwww.iku.gov.my/nhms

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2023 @ 10:57 AM