Kanak-kanak perlu nutrisi mencukupi bagi membesar dengan sihat - FOTO Hiasan.
Kanak-kanak perlu nutrisi mencukupi bagi membesar dengan sihat - FOTO Hiasan.
Nurmastura Zulkafli

MASALAH bantut dalam kalangan kanak-kanak mula mendapat perhatian ibu bapa kebelakangan ini.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Umum (IKU), satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut dan ia dikesan lebih serius di pantai timur dengan anggaran satu daripada tiga kanak-kanak mengalami masalah tumbesaran.

Bantut secara umum bermaksud saiz fizikal atau ketinggian tidak seiring dengan usia. Walaupun faktor genetik sering dikaitkan dengan masalah ini, ia bukan penyebab utama bantut.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bantut tidak hanya berkait dengan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kesihatan berpunca daripada malnutrisi, jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.

Selain itu, menurut kaji selidik oleh UNICEF, mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar diflat kos rendah di Kuala Lumpur, kemampuan untuk menyediakan makanan berzat adalah masalah utama yang menyumbang kepada pertumbuhan terbantut dan kekurangan berat badan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. 

Ia terbukti menerusi laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 merekodkan bilangan kanak-kanak bantut meningkat kepada 21.8 peratus berbanding 20.7 peratus atau 503,723 orang pada 2016.

Sementara itu, kajian turut menunjukkan masalah bantut boleh memberi kesan kepada kecerdasan otak dan tahap IQ kanak-kanak. Isu kebantutan amatlah membimbangkan kerana ia berisiko berlanjutan sehingga generasi seterusnya jika tidak ditangani dengan sebaiknya.

Ketahui tumbesaran anak-anak

Bagi membantu ibu bapa mengesan masalah tumbesaran anak sedari awal, Dugro tampil dengan saringan ringkas bagi membantu ibu bapa menangani masalah nutrisi yang menjadi antara punca masalah bantut.

Klik SINI untuk akses ke Kuiz Tumbesaran Dugro.

Image

Dugro dalam pada itu turut memperkenalkan dua produk iaitu Dugro® Sure dan Dugro® Complete bagi membantu membekalkan nutrisi tumbesaran.

Dugro® Sure mengandungi nutrien tumbesaran tinggi seperti protein, kalsium, vitamin D, zink serta diperkaya dengan serat dan DHA bagi menyokong tumbesaran fizikal secara sihat. Ia turut hadir dengan dua varian iaitu asli dan madu. 

Sementara Dugro® Complete pula diformulasi dengan kadar kalori 1kcal/1ml, bagi kanak-kanak yang memerlukan manfaat 'Catch-Up Growth'.

Antara nutrisi penting terkandung dalam Dugro® Complete adalah protein, kalsium, vitamin D dan zink. Dugro® Complete turut mengandungi asid lemak yang baik dan turut dilengkapi prebiotik IcFOS serta Inulin untuk kesihatan usus.

Kedua-dua produk ini dirumus tanpa sebarang sukrosa bagi mengurangkan risiko kerosakan gigi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Dugro® Sure dan Dugro® Complete layari Facebook Dugro atau laman sesawang rasmi di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 3:25 PM