Pemilihan perkhidmatan kurier penting bagi memastikan makanan sampai kepada pelanggan dalam keadaan baik dan cepat- FOTO Bahulu_Kitchen
Pemilihan perkhidmatan kurier penting bagi memastikan makanan sampai kepada pelanggan dalam keadaan baik dan cepat- FOTO Bahulu_Kitchen
Nurshafika Suhaimi

SEJAK bermulanya pandemik pada tahun 2020, industri kecil dan sederhana (IKS) dilihat semakin berkembang, seterusnya memberikan sumbangan besar kepada pendapatan ekonomi negara.

Ia bukan sahaja mencipta perniagaan baharu, malah dilihat dapat melahirkan usahawan muda sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan.

Kejayaan mereka membina perniagaan IKS ini turut memberikan impak positif dalam pembangunan ekonomi negara.

Bagi Juli Mas Akidah, 29, pengusaha baulu dalam talian, dia mula serius dalam perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu apabila terkesan dengan ekonomi tidak stabil.

"Kami sudah lama menjual baulu, tetapi sebelum ini hanya jual secara kecil-kecilan di kawasan berdekatan. 

"Namun, sejak PKP lalu susah untuk keluar berniaga," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, perniagaan anak muda ini hanya beroperasi secara 'cash on delivery" (COD) melalui 'runner'.

Namun, ketika PKP dilaksanakan dua tahun lalu, perniagaannya mulai merudum menyebabkan dia memilih untuk berniaga dalam talian.

"Bahulu Kitchen ada permintaan tinggi kerana orang ramai susah mencari baulu tradisional selain rasanya sedap dan rangup.

"Jadi, bila kami buka jualan secara dalam talian, Bahulu Kitchen mula menerima tempahan luar biasa daripada pelanggan negeri lain untuk merasa baulu ini, "tambahnya.

Dalam memenuhi jumlah pesanan semakin meningkat, Juli akui berhadapan dengan cabaran melibatkan proses penghantaran barang.

"Apabila semakin tinggi permintaan, kami memerlukan perkhidmatan logistik yang berpatutan untuk menampung permintaan.

"Sebelum ini, kami hanya berniaga secara fizikal tanpa perlu fikir sebarang kos penghantaran, kini kami perlu memastikan servis penghantaran yang sempurna dan mampu memuaskan hati setiap pelanggan, " katanya

Menurutnya lagi, dia turut berhadapan dengan pelanggan yang membatalkan pesanan saat akhir selepas diberitahu tentang caj penghantaran kerana tidak semua pelanggan memahami situasi ini.

"Sebagai seorang peniaga online, kami sentiasa ingin memastikan baulu kami dijual dengan harga yang berpatutan dan mempunyai jaminan kualiti.

"Namun, kadang-kala ianya memerlukan kos yang tinggi untuk dijual kerana caj penghantaran agak mahal, terutama sekali untuk pelanggan yang tinggal di luar kawasan, "katanya

Pemilihan perkhidmatan kurier adalah sangat penting untuk mengelakkan pembatalan pesanan saat akhir disebabkan caj penghantaran yang mahal.

Jadi, Lalamove adalah penyelesaian terbaik untuk perniagaan yang memerlukan penghantaran yang murah, pantas dan cekap.

Selaras dengan teknologi yang semakin berkembang pesat, Lalamove tampil menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan lebih sistematik bagi memenuhi keperluan pengguna. 

Bukan itu sahaja, Lalamove kini turut menawarkan penyelesaian logistik jarak jauh yang lebih pantas, mudah dengan harga berpatutan yang melangkaui bandar-bandar untuk memperkasakan PKS.

Penghantaran jarak jauh yang pantas, fleksibel dan kos efektif

Dengan perkhidmatan Lalamove, pelanggan kini boleh merancang penghantaran antara negeri sehingga 30 hari lebih awal.

Tidak seperti perkhidmatan logistik tradisional, Lalamove tidak memerlukan kontrak kerana ia ditawarkan secara on-demand.

Model penghantaran Lalamove membolehkan peniaga membuat pesanan penghantaran on-demand, pada hari yang sama atau berjadual serta penghantaran jarak jauh pada bila-bila masa. 

Caj penghantaran mampu milik

Perkhidmatan logistik telah menjadi keutamaan paling penting untuk perniagaan mengembangkan capaian yang melangkaui komuniti tempatan ― FOTO Lalamove

Lalamove menawarkan 4 x 4 Pikap, Van dan Lori untuk menjalankan penghantaran jarak jauh untuk perniagaan.

Daripada industri tekstil kepada elektronik, perkakasan kepada makanan mentah, bahan binaan serta perubatan, Lalamove sedia membuat penghantaran yang boleh memenuhi jumlah dan saiz komoditi yang berbeza-beza. 

Malah, perniagaan tidak perlu memikirkan kos membeli kenderaan, mengupah pemandu atau menyelenggara kenderaan.

Hanya dari satu aplikasi yang ringkas, perniagaan boleh dihubungkan dengan flit penghantaran pelbagai jenis kenderaan yang dipandu oleh penghantar-penghantar yang terlatih.

Capai lebih ramai pelanggan

Dengan Lalamove, pelanggan boleh memilih untuk menambah perhentian-perhentian tambahan di sepanjang perjalanan merentas negeri untuk mengoptimumkan masa dan kos.

Untuk ketelusan tambahan, pengguna Lalamove juga boleh menjejaki pesanan atau penghantaran dalam masa nyata dengan sistem penjejakan GPS.


Lebih menarik, peniaga kini boleh menikmati diskaun 50 peratus buat pengguna baru dan 30 peratus bagi pengguna sedia ada untuk perkhidmatan penghantaran jarak jauh Lalamove dengan menggunakan kod "LALONGHAUL".

Kod ini boleh digunakan untuk penghantaran jarak jauh dengan 4X4 Pikap, Van atau Lori Lalamove dengan had maksimum RM100.

Pada masa ini, perkhidmatan penghantaran jarak jauh Lalamove hanya disediakan dari Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Layari pautan ini untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan penghantaran jarak jauh Lalamove.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi, sila lawati di sini. Bersedia untuk menghantar? Muat turun aplikasi di platform Google Play Store dan Apple App Store untuk penghantaran hari sama yang terpantas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2022 @ 12:07 PM