Dugro®, mengandungi Zat Besi Aktif**, nutrien-nutrien tertinggi* seperti DHA, serta 21 vitamin, mineral dan kalsium untuk menyokong perkembangan 360°. - FOTO Dugro
Dugro®, mengandungi Zat Besi Aktif**, nutrien-nutrien tertinggi* seperti DHA, serta 21 vitamin, mineral dan kalsium untuk menyokong perkembangan 360°. - FOTO Dugro
Mohammad Asyraf Khalib

ANAK adalah amanah paling besar yang dikurniakan Tuhan buat insan istimewa bergelar ibu dan ayah.

Walaupun proses membesarkan anak terlihat sukar, tiada yang berputus asa sebaliknya mereka tetap bersemangat demi memastikan anak membesar menjadi insan berguna.

Memahami cabaran hebat dalam proses membesarkan si manja, Dugro® tampil menyokong ibu bapa menerusi kempen Generasi Anak Hebat.

Melalui kempen Generasi Anak Hebat, Dugro komited memastikan impian generasi anak hebat Dugro yang berjiwa besar dapat direalisasikan dengan penerapan nilai murni sejak kecil. 

Didikan awal

Image

Dalam usaha membesarkan seorang anak, nilai murni adalah penting untuk diterapkan dalam kehidupan seharian mereka sejak kecil.

Untuk itu, pendidikan awal di rumah perlu diberi tumpuan kerana ia adalah sumber pendidikan pertama sebelum melangkah ke alam persekolahan

Di rumah, si manja perlu dididik menghormati orang lain, mengikut peraturan, bertolak ansur dengan ahli keluarga dan membantu ibu bapa.

Didikan seperti ini akan membentuk karakter dan sahsiah anak yang seterusnya akan diamalkan sepanjang kehidupan mereka.

Bantu anak melakar impian

Image

Selain menerapkan nilai murni, ibu bapa juga perlu memberikan anak dengan nutrisi penting secukupnya bagi menyokong perkembangan yang sempurna. 

Dengan kepakaran selama 64 tahun, Dugro menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia sebagai jenama yang dipercayai dalam memberikan nutrisi penting buat si manja.

Dugro®, mengandungi Zat Besi Aktif**, nutrien-nutrien tertinggi* seperti DHA, serta 21 vitamin, mineral dan kalsium untuk menyokong perkembangan 360°

Lebih menarik, semua nutrisi penting ini boleh dinikmati dengan nilai hanya RM1.20 segelas. 

Dengan sokongan nutrisi penting daripada Dugro® serta dorongan kasih sayang ibu bapa, tiada lagi yang dapat menghalang Generasi Anak Hebat untuk mencapai impian mereka.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan sampel Dugro hari ini! 

*Dugro Asli dan Madu Langkah 3, 4 & 5 dan Coklat Langkah 4&5 adalah tertinggi dalam DHA (41.8 mg- 51.2mg), Kalsium dan Zat Besi (setiap 100g) antara 3 jenama utama susu tepung kanak-kanak di dalam segmen standard (pek 900g/850g)

**Dengan kombinasi optimum Vitamin C: Zat Besi dalam nisbah 3 & 4, dalam lingkungan yang disarankan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2022 @ 5:36 PM