GAMBAR hiasan. FOTO arkib Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO arkib Bernama

Kuala Terengganu: Setakat jam 8 malam ini, Perikatan Nasional (PN) mendahului di sekurang-kurangnya tiga Dewan Undangan Negeri (DUN).

Di DUN Kuala Besut, Azbi Salleh (Pas) mendahului selepas dengan 10,065 undi manakala lawannya Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN) memperoleh 6,345 undi.

Di DUN Jerteh, Dr Riduan Mohamad Nor (Pas) memperoleh 2,070 manakala Mohd Rozaini Mohd Rasli @ Koja (BN) mendapat 1,308 undi.

Di DUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin (Bersatu) mendapat 2,980 undi diikuti Datuk Nawi Mohamad (BN) sebanyak 1,886 undi manakala Dr Che Harun Kamariah Abdullah (BEBAS) hanya mendapat 55 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 8:40 PM