GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Wartawan HM


Kuala Lumpur: Datuk Seri Amirudin Shari mendahului di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Tua dengan memperoleh 1,102 undi setakat jam 8 malam ini.

Manakala calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin mendapat 491 undi, diikuti calon bebas, Suman Gopal yang hanya mendapat 9 undi.

Sementara itu bekas Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mendahului dengan 3,503 undi menyaingi lawannya Juwairiya Zulkifli yang memperoleh 3,419 undi.

Dalam pada itu, kerusi Gombak Setia menyaksikan Muhammad Hilman Idham mendahului dengan 598 undi mengatasi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor

Datuk Megat Zulkarnain Omardin (305 undi) dan calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali mendapat 14 undi.

Setakat ini pengiraan undi masih berlangsung dan keputusan penuh dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tengah malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 8:15 PM