MOHAMAD (kiri) dan Dr Streram (kanan) selepas masing-masing mengundi, hari ini. FOTO NSTP.
MOHAMAD (kiri) dan Dr Streram (kanan) selepas masing-masing mengundi, hari ini. FOTO NSTP.
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid


KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

7.05 malam: Kiraan undi 40 daripada 56 peti undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului dengan majoriti 3413 undi.

Mohamad memperoleh 7287 undi diikuti calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram dengan 3874 undi, manakala dua calon BEBAS, Mohd Nor Yassin (58) dan R Malavizhi (50).

Keputusan tidak rasmi itu dipaparkan di pusat penjumlahan rasmi undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan.

7 malam: Tok Mat kekal mendahului dengan memperoleh 6104 undi diikuti Streram 3286 undi, manakala dua calon BEBAS, Mohd Nor Yassin (47) dan R Malavizhi (45).

6.55 petang: Mohamad memperoleh 5212 undi diikuti calon PH Dr S Streram dengan 2660 undi, manakala dua calon BEBAS, Mohd Nor Yassin (39) dan R Malavizhi (26).

6.50 petang: BN memperoleh 3,775 diikuti PH Dr S Streram dengan 1,644 undi, manakala dua calon BEBAS, Mohd Nor Yassin (29) dan R Malavizhi (13).

6.45 petang: Tok Mat memperoleh 3,064 diikuti Streram dengan 1,240 undi, manakala dua calon BEBAS, Mohd Nor Yassin (21) dan R Malavizhi (8).

6.35 petang: Kiraan undi 12 daripada 56 peti undi PRK DUN Rantau menyaksikan calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului dengan majoriti 1,484 undi.

Mohamad memperoleh 2,185 diikuti calon PH Dr S Streram dengan 701 undi, manakala dua calon BEBAS, Mohd Nor Yassin (13) dan R Malavizhi (5).

6.06 petang: Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat memperoleh 113 undi diikuti calon PH Dr S Streram dengan 10 undi, manakala dua calon BEBAS, Mohd Nor Yassin dan R Malavizhi masing-masing tidak mendapat sebarang undi.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 6:12 PM