TENGKU Zafrul. FOTO arkib NSTP
TENGKU Zafrul. FOTO arkib NSTP
Rafidah Mat Ruzki


Kuala Lumpur: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz gagal di Kuala Selangor selepas penyandang Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bekas Menteri Kewangan itu memperoleh sebanyak 30,031 manakala Dr Dzulkifli menang tipis dengan kelebihan 1,002 undi selepas memperoleh sebanyak 31,033 undi.

Pada masa sama, di Pandan, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh sebanyak 74,002 undi dengan majoriti 48,296 mengalahkan pesaing terdekat, Muhammad Farique Zubir Albakri dari Barisan Nasional (BN) yang mendapat 25,706 undi.

Setakat jam 11.40 malam, penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditinggalkan pesaingnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang memperolehi 41,438 undi dengan majoriti 7,538 undi.

Mohamed Azmin yang juga Calon Perikatan Nasional (PN), memperoleh sebanyak 33,900 undi; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin (18,072 undi); calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir (1,315 undi); dan calon Bebas, Zulkifli Ahmad (296 undi).

Di Sungai Buloh pula, calon PH, Datuk R Ramanan mendahului dengan 21,157 undi diikuti Khairy Jamaluddin (BN) yang memperoleh 19,459 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2022 @ 12:12 AM