Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-97 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini. FOTO BERNAMA
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-97 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini. FOTO BERNAMA
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bergema dengan nyanyian lagu 'Allah selamatkan kamu' oleh graduan sempena ulang tahun keputeraan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini.

Hari keputeraan Tunku Azizah itu dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum baginda mengakhiri titah ucapan pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97.

"Saya nak keluarkan rahsia sedikit..hari ini adalah ulang tahun isteri tersayang saya. Baru sweet 63. Kita sama-sama ucapkan selamat ulang tahun kepada Tengku Permaisuri ya. Setuju?

"Kita doakan semoga Tengku Permaisuri kekal keimanan, kekal kecantikan, kekal taat pada suami dan sentiasa masak, sentiasa berdakwah pada suami," titah baginda.

Graduan dan jemputan pada istiadat berkenaan berdiri menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu kepada Raja Permaisuri Agong.

Tunku Azizah kemudian dilihat turut berdiri dan meletakkan tangan di bahu sebagai tanda terima kasih.

Terdahulu, Tunku Azizah berkenan mengiringi Al-Sultan Abdullah yang juga Canselor UiTM ke istiadat konvokesyen berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Ogos 2023 @ 1:20 PM