TOK Batin Kampung Lubuk Legong, Razali Kulim menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas peserta ladang getah tidak menerima bayaran dividen sejak dua tahun lalu. FOTO Noorazura Abdul Rahman
TOK Batin Kampung Lubuk Legong, Razali Kulim menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas peserta ladang getah tidak menerima bayaran dividen sejak dua tahun lalu. FOTO Noorazura Abdul Rahman
Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Polis Kedah menerima satu laporan berkaitan tidak puas hati terhadap Syarikat Rimba Bayu di Baling kerana gagal melunaskan tunggakan dividen sebanyak RM200,000 kepada peserta ladang.

Jurucakap Media Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke- 15 Kontinjen Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, laporan itu diterima antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata, laporan dibuat Tok Batin Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Baling yang mewakili peserta ladang getah diuruskan syarikat terbabit kerana tidak berpuas hati selepas gagal melunaskan tunggakan bayaran dividen berkenaan.

"Syarikat Rimba Bayu Enterprise dimiliki dan diuruskan oleh Mohd Taufik Yaacob iaitu Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu.

"Kertas inkuiri (siasatan dalaman) sudah dibuka untuk memudahkan siasatan dijalankan sebelum polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut seksyen bersesuaian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2023 @ 1:25 PM