MOHAMMAD. FOTO Hidayatidayu Razali
MOHAMMAD. FOTO Hidayatidayu Razali
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kelantan diterima baik oleh rakyat negeri ini.

Pengerusi PH Kelantan, Mohammad Husin berkata, penerimaan itu berdasarkan kemenangan dua calon mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Katanya, kemenangan dua calon masing-masing PH dan BN pada PRN baru-baru ini membuktikan sokongan pengundi kepada mereka.

"Alhamdulillah, kita dapat kerusi di Kota Lama iaitu bandar Kota Bharu dan di Galas, Gua Musang.

"Kemenangan ini menunjukkan rakyat mula terima kerjasama ini termasuk dari golongan orang dewasa dan muda," katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pra Sambutan Kemerdekaan Peringkat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu di pekarangan parkir Pengurus Besar di Ibu Pejabat Kada di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Kada, Mohd Faizul Mustafa dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Kada, Mohd Razif Abdulllah.

Mohammad berkata, kerjasama PH dan BN akan terus diperkukuh demi masa hadapan termasuk untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 2:28 PM