PN berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Gombak sempena Hari PRN, Selangor di Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak. FOTO Aizuddin Saad
PN berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Gombak sempena Hari PRN, Selangor di Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak. FOTO Aizuddin Saad
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Kuala Lumpur: Penamaan calon Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN) yang berlangsung semalam menyaksikan persaingan sengit membabitkan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di lima negeri.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lunas, Kedah menjadi kawasan paling ramai ditandingi pada PRN kali ini yang membabitkan lima calon.

Sementara 13 kerusi Dun lagi merekodkan pertembungan empat calon.

Ia termasuklah lima kerusi di Selangor iaitu Dun Pandan Indah, Kuala Kubu Baharu, Seri Setia, Sentosa dan Dengkil.

Manakala pertandingan empat penjuru di Pulau Pinang pula membabitkan empat kerusi Dun iaitu Bagan Dalam, Perai, Sungai Pinang dan Pantai Jerejak.

Di Negeri Sembilan, hanya dua kerusi Dun membabitkan persaingan penjuru iaitu Nilai dan Sikamat.

Dun Ayer Hangat, Kedah menyaksikan pertandingan empat penjuru manakala di Kelantan ia membabitkan kerusi Dun Kota Lama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2023 @ 4:49 PM