ARWAH Ithnin (gambar fail). FOTO Ihsan Polis
ARWAH Ithnin (gambar fail). FOTO Ihsan Polis
Ahmad Ismail.


Segamat: Polis mengesahkan cebisan tulang, tengkorak dan gigi geraham yang ditemukan dalam kebun kelapa sawit di Kampung Tungku Tiga di sini, awal bulan lalu milik warga emas Ithnin Warsan, 80.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, ia berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat terhadap rangka berkenaan 99.9 peratus sepadan.

"Rangka, tengkorak dan gigi geraham Itu ditemui pihak awam kira-kira 5.47 petang 4 Jun lalu di kawasan sekitar kebun sawit berkenaan disahkan milik mangsa.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan rangka mangsa akan diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian," katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum ini siasatan di lokasi tidak menemukan pakaian dan sebarang pengenalan diri.

"Tengkorak dan serpihan tulang dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut bersama sampel DNA waris.

"Polis terima laporan penuh daripada forensik dan patologi HDS semalam," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, dalam kejadian 7.15 malam pada 20 September lalu, Ithnin menghilang tanpa jejak di Kampung Tungku Tiga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2023 @ 4:02 PM