LELAKI lelaki maut, manakala tiga wanita parah selepas Perodua Kancil dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Gunung Pulai, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
LELAKI lelaki maut, manakala tiga wanita parah selepas Perodua Kancil dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Gunung Pulai, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Izz Laily Hussein


Kulai : Lelaki maut, manakala tiga wanita parah selepas Perodua Kancil dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Gunung Pulai di sini, hari ini.

Mangsa, Baiduri Mohd Don, 53, yang memandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga penumpang, Hadijah Mazlan, 55; Nur Hellysya Errykah Herwan, 18 dan Suriani Othman, 47, parah .

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Penolong Penguasa Bomba Fairuz Helmi Mohd Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kemalangan pada 2.53 petang.

"Seramai 13 anggota daripada BBP Kulai dan Pekan Nenas dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki semua mangsa dengan sebuah lori Hino.

"Pemandu Perodua Kancil tersepit di tempat duduk pemandu dan bomba mengeluarkannya dengan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia.

"Tiga penumpang lain yang parah dihantar ke hospital," katanya.

Beliau berkata, mayat Baiduri diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara, pemandu lori, Mursyidi Ibnor Kalam, 49, tidak cedera.

Operasi ditamatkan pada 4.41 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2023 @ 11:02 PM