PASUKAN bomba menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian. FOTO ihsan Pembaca
PASUKAN bomba menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian. FOTO ihsan Pembaca
Ahmad Ismail


Tangkak: Dua lelaki maut manakala tiga lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga lori di Kilometer 164.8, susur masuk kawasan rehat dan rawat Tangkak, Lebuhraya Plus arah selatan, awal pagi tadi.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak Zamri Ayob berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada 4.26 pagi tadi.

Katanya, sebaik menerima maklumat berkaitan kemalangan itu, sepasukan anggota dari BBP Tangkak dan Bukit Gambir dikejarkan ke lokasi.

"Kemalangan membabitkan lori lima tan Isuzu, lori Hino dan juga lori lima tan Hino.

"Dua mangsa dalam lori Isuzu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga lagi mangsa dalam dua kenderaan berasingan terselamat," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan 6.05 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2023 @ 12:42 PM