RAKAMAN gambar yang tular di media sosial. FOTO Tular
RAKAMAN gambar yang tular di media sosial. FOTO Tular
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Tiga lelaki bertopeng menaiki dua kenderaan dikesan terbabit dalam kejadian tembak di Bandar Sunway, di sini semalam.

Beberapa klip video tular memaparkan ketiga-tiga lelaki bersenjata pistol masuk ke premis aksesori telekomunikasi berkenaan dan menembak mangsa pada jarak dekat di bahagian kepala.

Ketiga-tiga suspek kemudian melarikan diri menggunakan kenderaan Nissan Almera dan Perodua Myi.

Video berdurasi 56 saat itu adalah rakaman dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini sedang mengesan CCTV di sekitar kawasan berkenaan.

"Polis kini mengesan semua CCTV di kawasan sekitar bagi mengesan suspek. Siasatan lanjut bagi kes berkenaan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam Harian Metro melaporkan, lelaki maut ditembak di premis aksesori telekomunikasi di Bandar Sunway di sini.

Kejadian kira-kira 1.35 tengah hari itu menyebabkan mangsa berusia 32 tahun maut akibat ditembak sekurang-kurangnya dua das.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2023 @ 11:44 AM