GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Tiga lelaki ditahah, semalam dipercayai terbabit tiga kes pecah rumah serta samun warga emas di Taman Ria Bercham, di sini, sejak 2 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata, suspek berusia 33, 39, dan 41 tahun itu ditahan antara 2 petang hingga 2.30 petang semalam menerusi operasi khas di dua lokasi di Bercham.

Beliau berkata, beberapa barang kes termasuk kenderaan yang digunakan selain barangan milik mangsa yang dilaporkan hilang seperti barang kemas, wang tunai, telefon bimbit dan komputer riba turut dirampas.

Katanya, tiga laporan polis dibuat pasangan itu selepas mengalami kerugian keseluruhan dianggarkan RM27,000 apabila rumah mereka dipecah masuk dua kali dan disamun sekali pada 2, 11, dan 24 Mei lalu.

"Dengan tertangkapnya suspek-suspek itu maka ketiga-tiga kes yang membabitkan mangsa sama itu sudah selesai," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, dua daripada mereka didapati positif dadah dan permohonan reman akan dibuat hari ini untuk siasatan lanjut.

Menurutnya lagi, ketika ini siasatan tertumpu bagi mengenal pasti berapa lagi kes dilakukan suspek sama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 10:29 AM