SALAH satu keluarga asnaf bersama rumah baru yang dibina oleh LZS hasil bayaran zakat umat Islam. FOTO ihsan LZS
SALAH satu keluarga asnaf bersama rumah baru yang dibina oleh LZS hasil bayaran zakat umat Islam. FOTO ihsan LZS
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan, 19,103 keluarga asnaf di negeri ini menerima bantuan sewa rumah, baik pulih rumah juga pembinaan rumah baru sepanjang 2022.

Menurut LZS, bagi tujuan itu, pihaknya sudah mengagihkan RM116.5 juta sepanjang 2022 berbanding RM98.6 juta bagi 2021.

"Peningkatan ini membantu ribuan keluarga di luar sana untuk berteduh dan mereka sangat terhutang budi dengan anda semua, hero zakat.

"Terima kasih kepada semua pembayar zakat kerana berkongsi 2.5 peratus daripada rezeki anda demi sebuah bumbung mereka berlindung," menurut LZS.

Untuk rekod, katanya, sepanjang 2022, 98 keluarga asnaf menerima bantuan membina rumah baru, 772 keluarga bagi baik pulih rumah dan 18,233 bagi bantuan sewa rumah di seluruh Selangor.

"LZS menyeru umat Islam supaya terus berzakat dan ia boleh ditunaikan melalui https://fpx.zakatselangor.com.my," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2023 @ 1:01 PM