GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuantan: Jabatan Kesihatan Pahang mengeluarkan 6,750 notis kompaun bernilai lebih RM1.5 juta bagi pelbagai kesalahan berkaitan merokok dalam operasi yang dijalankan sejak awal Jan hingga hari ini di seluruh negeri Pahang.

Pengarahnya Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, dalam operasi pada 26 dan 27 Mei di Kuantan, Temerloh dan Bentong sahaja pihaknya telah mengeluarkan 495 notis kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bernilai RM112,350.

"Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan merokok di kawasan larangan merokok dan kegagalan pemilik premis memastikan tiada orang merokok," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2023 @ 12:07 PM