LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Fahmy A Rosli


Kuala Lumpur: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah atas pemergian Penolong Pengarah Unit Saluran Berita RTM, Mohd Zubairy Abdullah, yang terbabit kemalangan jalan raya.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, beliau sedih dengan apa yang berlaku sambil mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Amat sedih mendapat khabar pemergian Penolong Pengarah Unit Saluran Berita RTM Allahyarham Mohd Zubairy Abdullah.

"Allahyarham meninggal dalam kemalangan di Jalan Lipis-Benta menghala ke Kuala Lumpur.

"Saya doakan segala dosa Allahyarham diampuni, dan rohnya nanti ditempatkan di kalangan para solehin. Takziah buat keluarga dan kenalan Allahyarham, Al-Fatihah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2023 @ 9:02 PM