TUAN Ibrahim mendoakan Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang dikasihi-Nya.
TUAN Ibrahim mendoakan Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang dikasihi-Nya.
Samadi Ahmad

KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air (Kasa) mengucapkan takziah dengan penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Farit Ismeth Emir yang meninggal dunia di Hospital Assunta di Petaling Jaya hari ini.

Menterinya, Datuk Tuan Ibrahim Tun Man berkata, pihaknya mendoakan Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang dikasihi-Nya.

Menurut beliau, pemergian arwah satu kehilangan besar dalam dunia penyiaran dan seluruh rakyat di negara ini.

“Sudah pasti kita semua akan merindui untaian kata nasihatnya selepas ini,” katanya melalui ciapan di Facebook hari ini.

Berita sedih mengenai pemergian penyampai berita RTM itu dikongsi oleh anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

Allahyarham Farid Ismeth, 66, atau dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan rakan-rakan RTM adalah penyiar veteran di stesen penyiaran awam meninggalkan tujuh cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 3:38 PM