Ab Rauf. FOTO Arkib NSTP
Ab Rauf. FOTO Arkib NSTP
Amir Mamat


Ayer Keroh: Tiada keperluan untuk seorang EXCO Kanan bercuti, susulan dakwaan pihak tertentu berhubung skandal seks dengan seorang wanita, kelmarin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ini kerana dakwaan berkenaan adalah tidak sahih dan boleh dianggap sebagai fitnah.

"Tak perlu pun (bercuti kerana dakwaan itu) tak sahih," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Semalam, Ab Rauf dalam satu kenyataan menganggap tuduhan terhadap EXCO terbabit adalah fitnah zaman moden yang tersebar di media sosial dengan cepat.

Sejak semalam, tular satu video beserta tangkap layar perbualan Whatsapp yang mendakwa berbaur seks, didakwa daripada EXCO itu dengan seorang wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2023 @ 8:47 PM