Amir Mamat


Ayer Keroh: Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT), di sini hari ini.

Terdahulu, pengumuman Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Zaidi Johari yang memaklumkan pelantikan itu berdasarkan Perenggan (a), Fasal 2, Perkara 7, Perlembagaan Negeri Melaka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2023 @ 3:41 PM