HUSAIN (barisan belakang, lapan kiri),  Shamsidar (barisan belakang, sembilan kiri)dan Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Mohamad Hariri (barisan belakang, enam kanan) bergambar bersama penerima Kotak Rezeki pada program Misi Moreh Mekdi bersama Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama UiTM. FOTO Asyraf Hamzah

ANTARA yang hadir berbuka puasa pada program Misi Moreh Mekdi bersama Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama UiTM. FOTO Asyraf Hamzah
ANTARA yang hadir berbuka puasa pada program Misi Moreh Mekdi bersama Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama UiTM. FOTO Asyraf Hamzah
KAKITANGAN  McDonald’s Malaysia mengagihkan makanan untuk program Misi Moreh Mekdi.

DR Mohamad Hariri (tengah) mengacau bubur lambuk yang bakal diagihkan.
DR Mohamad Hariri (tengah) mengacau bubur lambuk yang bakal diagihkan.
HUSAIN  (kanan) bersama Shamsidar (dua dari kiri) dan Dr Mohamad Hariri menyampaikan Kotak Rezeki kepada penerima.
HUSAIN (kanan) bersama Shamsidar (dua dari kiri) dan Dr Mohamad Hariri menyampaikan Kotak Rezeki kepada penerima.
Suliati Asri

Misi Moreh Mekdi iaitu inisiatif kemasyarakatan utama McDonald's Malaysia setiap kali menjelang bulan Ramadan bakal mengunjungi lebih 300 masjid atau surau di seluruh negara.

Memasuki tahun ke sembilan penganjurannya, McDonald's Malaysia menyebar luaskan inisiatif Misi Moreh Mekdi ke 20 universiti awam seluruh negara dengan menaja hidangan moreh untuk lebih daripada 12,000 pelajar yang memerlukan sepanjang Ramadan ini.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam antara 20 universiti yang dikunjungi McDonald's untuk tajaan hidangan moreh kepada mahasiswa termasuk golongan asnaf dan OKU.

Pengarah Komunikasi Korporat McDonald's Malaysia, Shamsidar Yahya berkata, Misi Moreh Mekdi antara inisiatif kemasyarakatan oleh McDonald's Malaysia yang dilaksana sejak 2015.

Menurutnya, menerusi program ini, McDonald's memberi sumbangan makanan waktu moreh di masjid dan surau yang berdekatan dengan restoran.

"McDonald's Malaysia mempunyai lebih 340 restoran di seluruh negara dan kami akan dekati surau serta masjid berdekatan dengan menyediakan makanan moreh secara berkala," katanya ketika ditemui pada Misi Moreh Mekdi bersama Titipan Kasih Harian Metro (TKHM), baru-baru ini.

Turut hadir Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek TKHM Husain Jahit dan Timbalan Naib Canselor Industri, Komuniti dan Jaringan Alumni (ICAN) Prof Dr Mohamad Hariri Abdullah.

SUKARELAWAN menyusun Kotak Rezeki pada program Misi Moreh Mekdi bersama Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama UiTM. FOTO Asyraf Hamzah
SUKARELAWAN menyusun Kotak Rezeki pada program Misi Moreh Mekdi bersama Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama UiTM. FOTO Asyraf Hamzah

Misi Moreh Mekdi yang sebelum ini hanya dilaksana di surau dan masjid kini diperluaskan kepada 20 universiti awam di seluruh Malaysia.

Shamsidar berkata, hasil perbincangan dan maklum balas diperoleh daripada pihak universiti, ada ramai pelajar datang dari golongan kurang berkemampuan.

"Baharu saja pelajar mulakan semester, Ramadan pula dirai. Dengan kos makanan yang meningkat sekarang, kami di McDonald's berbesar hati membantu pelajar universiti awam.

"Dengan itu, mereka boleh beribadah dengan tenang dan dapat merasai makanan diagihkan menerusi Misi Moreh Mekdi," katanya.

SUKARELAWAN bergotong-royong untuk menyediakan juadah serta hidangan untuk pelajar di UiTM Shah Alam.
SUKARELAWAN bergotong-royong untuk menyediakan juadah serta hidangan untuk pelajar di UiTM Shah Alam.

Diadakan di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM, sukarelawan McDonald's Malaysia, TKHM dan UiTM bergabung mengadakan majlis gotong-royong menyediakan bubur lambuk dan hidangan berbuka puasa.

Selain agihan bubur lambuk dan majlis berbuka puasa, kotak rezeki mengandungi makanan asas untuk keperluan harian juga disampaikan kepada pelajar kurang berkemampuan.

Shamsidar berkata, TKHM antara inisiatif akhbar terkemuka Malaysia, Harian Metro untuk mendedahkan kisah atau inisiatif masyarakat.

"Jadi, pendedahan itu yang kami perlukan dan kami ada nilai teras sama iaitu prihatin terhadap masyarakat dan ingin memberi impak positif kepada masyarakat.

"Oleh itu, dengan nilai teras sama, kami rasakan kerjasama ini sangat sempurna. Disebabkan itu, kami akan terus bekerjasama dengan Harian Metro," katanya.

Misi Moreh Mekdi juga menurut Shamsidar adalah aktiviti kemasyarakatan utama setiap kali bulan Ramadan.

"Misi Moreh Mekdi ini akan diteruskan secara berpanjangan kerana ia antara cara restoran kami mendekati masyarakat setempat.

"Kita mendapat banyak maklum balas positif, jadi kita akan teruskan program ini," katanya.

Sementara itu, Husain berkata, kali ini TKHM bekerjasama lagi dengan McDonald's Malaysia.

"Menerusi program Misi Moreh Mekdi, kita raikan 100 pelajar dari kalangan B40 dan orang kurang upaya (OKU) yang turut membantu barangan keperluan mereka.

"Kita juga menjamu mereka dengan hidangan berbuka dan moreh," katanya.

Husain berkata, Misi Moreh Mekdi sudah dilaksana selama sembilan tahun.

Jadi, katanya pihaknya sangat bertuah dapat bekerjasama dengan McDonald's Malaysia.

"Alhamdulillah 100 pelajar diraikan serta mendapat manfaat," katanya.

Sebagai antara program tanggungjawab sosial syarikat (CSR), TKHM sentiasa mencuba pelbagai program yang bersesuaian.

"Selain membantu keluarga miskin, fakir dan anak asnaf, program TKHM yang dianjurkan bergantung kepada permintaan pelanggan.

"Sebagai contoh, jika mereka mahu kita raikan kanak-kanak atau pelajar sekolah, kita bantu dari segi barangan persekolahan iaitu back to school dan komputer riba serta banyak lagi," katanya.

ANTARA yang hadir berbuka puasa pada program Misi Moreh Mekdi bersama Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama UiTM. FOTO Asyraf Hamzah
ANTARA yang hadir berbuka puasa pada program Misi Moreh Mekdi bersama Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama UiTM. FOTO Asyraf Hamzah

Seronok moreh dengan kawan baru

Mahasiswa daripada golongan asnaf dan orang kurang upaya (OKU) yang menerima tajaan hidangan moreh bersyukur dan terharu diraikan pada program Misi Moreh Mekdi.

Muhammad Khairulimran Adam, 23, bersyukur dan gembira menjadi seorang pelajar yang dirai pada program Misi Moreh Mekdi anjuran restoran khidmat segera terkemuka McDonald's Malaysia.

Menurutnya, dia menyambut baik program dianjurkan dengan kerjasama Harian Metro kerana selain menyantuni golongan kurang bernasib baik, Misi Moreh Mekdi juga mengamalkan inklusiviti terutama untuk golongan OKU.

"Seperti yang kita maklum, pintu masjid sentiasa dibuka kepada orang ramai tetapi untuk golongan OKU, susah sikit untuk merasa benda-benda macam ini.

"Alhamdulillah, bila McDonald's Malaysia anjurkan majlis ini dan masukkan kami sekali, kami sangat bersyukur. Saya sangat suka," katanya.

Muhammad Khairulimran berharap McDonald's dan pihak lain dapat meneruskan inklusiviti itu terhadap golongan B40, golongan kurang bernasib baik termasuk OKU.

"Macam saya terdiri daripada golongan OKU dengan masalah buta mata kiri dan rabun teruk mata kanan.

"Saya masih boleh berjalan ke sini, tetapi ada golongan OKU yang tidak mampu berjalan ke sini.

"Jadi, saya harap program ini dapat diperluaskan di masa akan datang," katanya.

Ayu Nur Aleesa Badrol Hisham, 22, Misi Moreh Mekdi ini agak unik baginya kerana ia inisiatif yang bagus.

"Program ini dapat kurangkan beban pelajar. Lagipun pelajar sekarang kena berjimat cermat. Jadi, dengan program ini McDonald's dapat membantu pelajar dari segi kewangan," katanya.

Bagi Nurul Soffiatul Fitriyah Nuawi, 21, Misi Moreh Mekdi memberinya peluang berbuka bersama lebih ramai rakan.

"Saya seronok dapat berbuka pada majlis yang meriah dan dapat berbuka dengan ramai kawan baharu.

"Saya bersyukur pemberian Kotak Rezeki ini juga mengandungi banyak makanan yang boleh dikongsi bersama rakan sebilik dan yang kurang bernasib baik," katanya.

Sementara itu, Ahmad Danial Mohd Yusoff, 22, Misi Moreh Mekdi dan pemberian Kotak Rezeki ini membantu meringankan bebannya kerana harga makanan di bazar Ramadan sedikit mahal.

"Dengan Kotak Rezeki ini, saya buat juadah berbuka dan sahur. Saya dapat kurangkan perbelanjaan untuk pulang beraya nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2023 @ 12:16 PM