Foto hiasan
Foto hiasan
Muhammad Najmir Razaman

PELBAGAI persiapan perlu dilakukan bagi memastikan segalanya sempurna di pagi hari raya Aidilfitri.

Walaupun setiap tahun menyambut kedatangan hari penuh makna ini, kadangkala masih ada perkara yang kurang diambil perhatian.

Natijahnya, hari raya yang sepatutnya meriah, hanya disambut dalam keadaan ala kadar.

Berikut beberapa persiapan rapi yang wajib dilakukan agar hari raya berjalan dengan lancar.

  1. Beli tiket bas atau penerbangan lebih awal

Ramai beranggapan bahawa membeli tiket bas atau penerbangan di hujung waktu dapat menjimatkan kos.

Namun, beli pada akhir waktu sebenarnya adalah tidak digalakkan kerana risiko kehabisan tiket perjalanan.

Oleh itu, anda disarankan untuk membeli tiket yang diperlukan lebih awal dari tarikh pulang ke kampung.

  1. Mohon cuti pada tarikh yang tepat 

Memohon cuti sempena hari raya bagi yang bekerja sememangnya suatu perkara yang penting.

Seeloknya, pilih tarikh yang tidak bertindih dengan rakan sekerja agar semua orang dapat menikmati hari raya dengan tenang.

Buat perancangan awal supaya tiada perbalahan di kemudian hari.

  1. Beli barang kelengkapan raya secara dalam talian

Membeli barang kelengkapan raya secara dalam talian sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat.

Ini kerana, membeli secara dalam talian dapat menjimatkan lebih banyak masa berbanding membeli secara fizikal.

Namun, bagi memastikan apa yang dibeli sampai tepat pada waktunya, pemilihan kurier penghantaran yang tepat adalah sangat penting.

Usah bimbang, kini anda boleh memilih untuk menggunakan khidmat terbaik dari J&T Express Malaysia terutama di bulan Ramadan ini.

Melalui perkhidmatan J&T Next Day Delivery, satu pasukan khas dibentuk bagi mengutamakan proses penghantaran bungkusan. 

Bungkusan anda akan terus dihantar pada keesokan harinya bagi mengurangkan tempoh menunggu yang lama.

Anda juga boleh melakukan pemantauan masa nyata melalui aplikasi dan laman sesawang J&T Malaysia.

J&T 'Most Awesome Raya'

Menariknya, baru-baru ini J&T Express Malaysia melancarkan kempen Hari Raya Aidilfitri 'Most Awesome Raya' yang akan berlangsung bermula 2 Mac hingga 22 April 2023.

Bersempena dengan musim perayaan akan datang, J&T memperkenalkan lima peringkat permainan mini yang direka khusus untuk pelanggan Malaysia di aplikasi J&T Malaysia.

Ikuti empat langkah di bawah bagi menyertai kempen ini:

Langkah 1

Daftar atau log masuk ke aplikasi J&T Malaysia.

Langkah 2

Sertai setiap peringkat permainan bagi menebus baucar

Langkah 3

Lengkapkan lima peringkat permainan untuk menebus baucar emas.

Langkah 4

Tunggu pengumuman pemenang.

Anda berpeluang memenangi barangan istimewa seperti Xiaomi Mi TV, gelang tangan dari Henna Jewel serta hadiah misteri J&T.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman sesawang J&T Express Malaysia sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2023 @ 3:51 PM