J&T Express menyambut ulang tahun keempatnya di Malaysia. - FOTO J&T Express
J&T Express menyambut ulang tahun keempatnya di Malaysia. - FOTO J&T Express
Hanis Aliaa Hidzir

HARI ini tanggal 18 Ogos, penyedia logistik antarabangsa J&T Express menyambut ulang tahun keempatnya di Malaysia.

Sempena sambutan tersebut, J&T Express tampil dengan kempen bertemakan 'Together, 4Ever' bagi memupuk sinergi serta membina hubungan lebih baik antara pihak berkepentingan, rakan niaga, pekerja dan pengguna.

Berlangsung mulai 15 Ogos sehingga 15 Oktober 2022, sambutan ulang tahun kali ini menampilkan lima acara yang setiap satu direka khusus untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada rakan kongsi perniagaan dan pengguna mereka.

Menurut Naib Presiden Kumpulan J&T Express, Charles Hou, sebagai salah satu pasaran pertama, mereka amat berbangga dengan pencapaian sepanjang empat tahun di Malaysia.

"Kami telah berkembang daripada penyedia perkhidmatan serantau kepada rangkaian yang meliputi 13 negara di seluruh dunia dan komitmen kami kepada pelanggan tempatan tetap konsisten.

"Melangkah ke hadapan, J&T bersama rakan kongsi tempatan akan berdedikasi menawarkan perkhidmatan lebih setempat dan cekap untuk pelanggan Malaysia dan global kami."

Pengarah Jualan dan Pemasaran J&T Express Malaysia, Yuan Kai Jin, turut meluahkan rasa gembiranya melihat kejayaan syarikat penyedia logistik ini sejak empat tahun lalu.

"Di J&T Express, kami berharap dapat menyumbang sebagai salah satu pemain terpenting di Malaysia."

Naik taraf 30 cawangan

Sementara itu, J&T Express turut menaik taraf 30 cawangan mereka di seluruh negara menjadi Premium Courier Point.

Cawangan premium ini diperbaharui dengan ciri menarik bagi meningkatkan pengalaman perkhidmatan pelanggan dengan suasana lebih mesra dan selesa.

Antara ciri-ciri baharu yang ditampilkan termasuklah papan iklan LED interaktif, penatal iklan, kawasan jualan barangan dan stesen pembungkusan khusus.

Sejak dilancarkan di Malaysia pada Julai 2018, J&T Express sentiasa berusaha memenuhi keperluan pasaran tempatan bermula dari perkhidmatan J&T Express Delivery, syarikat ini meluaskan perkhidmatannya kepada J&T VIP, J&T International Shipping, J&T Next Day Delivery, J&T Express Document dan J&T Fresh Delivery.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang J&T Express.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 2:00 PM