FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Ilah Hafiz Aziz


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pengurus bahagian di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu kerana disyaki menyalahguna kuasa dengan memberikan kerja pembekalan bernilai RM4,000 kepada syarikat anaknya.

Suspek berusia lingkungan 40an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman kira-kira 2 petang, hari ini.

Difahamkan, suspek memberikan tender pembekalan lebih 100 kad sim kepada anaknya yang juga ejen sebuah syarikat telekomunikasi sekitar 2022.

"Siasatan awal mendapati pembayaran bagi kerja pembekalan kad sim untuk pekerja anak syarikat kerajaan negeri oleh anak suspek dimasukkan ke dalam akaun pengurus bahagian" katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2023 @ 10:37 PM