Mohd Amin Jalil

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan bantuan wang tunai RM100,000 kepada mangsa banjir di negeri Pantai Timur sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, bantuan lain yang turut diberikan termasuk barangan makanan asas, peralatan mencuci dan beberapa barangan keperluan lain.

"Selain itu, bantuan tenaga dan kepakaran turun diberikan di mana sukarelawan akan membantu menyiapkan rumah penduduk yang rosak teruk di Kampung Kuala Nerang, Terengganu.

"Selain wang tunai, pelbagai barangan termasuk makanan turut akan diberikan kepada mangsa banjir.

"Keseluruhan terdapat seramai 60 sukarelawan akan terbabit dalam misi bantuan ini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi misi bantuan pasca banjir Pantai Timur di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, beliau mendapat maklumat mengenai kediaman mangsa banjir mengalami kerosakan dan mahukan sukarelawan menyelesaikan misi berkenaan dengan sebaiknya.

"Kita akan sumbangkan wang tunai RM200 serta barang makanan kepada setiap keluarga yang terbabit.

"Saya harap bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini," katanya.

AMINUDDIN Harun melepaskan konvoi misi bantuan pasca banjir ke Pantai Timur di Seremban hari ini. Foto Mohd Amin Jalil
AMINUDDIN Harun melepaskan konvoi misi bantuan pasca banjir ke Pantai Timur di Seremban hari ini. Foto Mohd Amin Jalil

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2023 @ 1:45 PM