Ahmad Ismail.


Segamat: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, berkenan menziarah kubur mangsa (dera) di Tanah Wakaf Perkuburan Islam di Kampung Sungai Gatom, di sini, hari ini.

Baginda yang diiringi, Isteri Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam tiba jam 2.52 petang dan meluangkan masa sejam sebelum berangkat pulang.

Baginda dan isteri Pemangku Raja Johor yang turut berkenan menyiram air mawar serta menabur bunga di kubur berkenaan

Turut hadir Timbalan Mufti Johor Datuk Faizal Mohammad, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat

Raja Zarith Sofiah turut bertanya khabar serta memberikan kata-kata semangat keluarga mangsa dera yang turut hadir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2022 @ 5:45 PM