Ahmad Ismail

Segamat: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli melawat lima kediaman mangsa banjir di Kampung Pogoh 3 di sini, hari ini.

Baginda yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani tiba jam 11.30 pagi disambut oleh Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim, Kadi Daerah Segamat, Fauzi Bachok dan Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Bahrin Mohd.Noh.

Raja Zarith Sofiah turut beramah mesra dan berkenan menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk yang terjejas banjir baru-baru ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Razak Komeng, 68 berkata, dia teruja menerima kunjungan Permaisuri Johor itu.

Katanya, dia dan isteri, Faridah Biru, 62, yang lumpuh keseluruhan badan sejak 10 tahun lalu bertuah kerana berpeluang bertemu Permaisuri Johor itu.

RAJA Zarith berkenan melawat kediaman mangsa banjir disekitar Kampung Pogoh 3, di Segamat di sini hari ini. FOTO Ahmad Ismail
RAJA Zarith berkenan melawat kediaman mangsa banjir disekitar Kampung Pogoh 3, di Segamat di sini hari ini. FOTO Ahmad Ismail

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 2:51 PM