ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamatdi tali air Kampung Kebor Besar, Manir. FOTO Zaid Salim.
ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamatdi tali air Kampung Kebor Besar, Manir. FOTO Zaid Salim.
Zaid Salim


Kuala Terengganu: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh di tali air di Kampung Kabor Besar, di sini, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa, Muhammad Sufi Ijaz Sobre, tiga tahun bermain air banjir bersama bapa Sobre Ramli, 33, abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, lapan tahun dan Muhammad Shafiq Arshad berusia satu tahun, kira-kira jam 4 petang.

Usaha mencari mangsa sedang dilakukan pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu di lokasi kejadian.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit ghairah sebelum bersama abangnya bermain air di atas jambatan yang hanya terletak kira-kira 10 meter dari lokasi dia bermain air dengan anak bongsunya.

"Saya tiba di sini jam 4 petang. Ketika sampai kami bermain air di tepi kawasan rumah yang dinaiki air tetapi tidak sedar abang mengajak adiknya ke jambatan.

"Saya sudah pesan jangan main air di situ. Dalam beberapa saat saja selepas itu abang menjerit memberitahu adik jatuh ke dalam air.

"Saya terus terjun tetapi arus sangat deras sebelum menghubungi saudara mara dan isteri, Nurul Ain Bakri, 33, yang sedang bekerja di Politeknik Kota," katanya.

Sebelum kejadian katanya, dia baharu saja mengambil tiga anaknya yang berada di rumah ibu di Kampung Tetambah, di sini, selepas pulang bekerja.

Menurutnya, sebelum pulang ke rumah dia membawa tiga anaknya bermain air di kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 6:30 PM