Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai barisan Kabinet, lewat petang ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Anwar ketika berucap pada program Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, dekat Meru Raya, di sini, yang sedang berlangsung.

Pagi tadi, Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebelum menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2022 @ 2:38 PM