SULTAN Nazrin Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Kinta di sini. FOTO BERNAMA
SULTAN Nazrin Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Kinta di sini. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Ipoh: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Kinta di sini.

Sesi menghadap bermula kira-kira jam 10.50 pagi dan pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam, selepas kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat keluar dari perkarangan Istana Kinta pada jam 12 tengah hari.

Sesi menghadap Sultan Nazrin Shah itu yang pertama buat Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, sejak Pengerusi Pakatan Harapan itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadualkan mengadakan sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Awam Tanjung Rambutan, menunaikan solat Jumaat, serta menghadiri Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, sebelum kembali ke ibu negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2022 @ 1:13 PM