HISHAMMUDDIN Hussein. FOTO arkib NSTP
HISHAMMUDDIN Hussein. FOTO arkib NSTP
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: "Lebih baik BN (Barisan Nasional) berperanan sebagai pembangkang dan saya bersedia untuk itu," kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, apa jua yang terjadi, beliau akan tetap setia bersama UMNO dulu, kini dan selamanya.

Katanya, beliau akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN bersama rakan-rakan yang lain.

"Terdapat banyak spekulasi ketika ini tentang apa yang sedang berlaku.

"Dalam apa jua formula atau rundingan, pendirian saya jelas dan tidak akan saya kompromi.

"Sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus, adalah lebih baik BN berperanan sebagai pembangkang dan saya bersedia untuk itu," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2022 @ 1:00 PM