Ahmad Zahid kembali menerajui UMNO selepas berehat selama enam bulan. FOTO Eizairi Shamsudin
Ahmad Zahid kembali menerajui UMNO selepas berehat selama enam bulan. FOTO Eizairi Shamsudin
Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling


“SAYA harap kembalinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertugas tidak memecahbelahkan UMNO,” kata bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, UMNO jangan berpecah selepas keadaan bertambah positif selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Katanya, mengikut perlembagaan parti Ahmad Zahid berhak berbuat demikian.

“Penting untuk parti melihat kepada kesatuan dan kedudukan parti itu sendiri. Jangan perkembangan terkini membuka ruang yang lain untuk kita bertelagah sesama kita,” katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas keputusan Ahmad Zahid kembali menerajui UMNO selepas berehat selama enam bulan.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, UMNO diharapkan terus kukuh dan kuat selepas selepas diterajui semula Ahmad Zahid.

“Saya mahu melihat parti kukuh, kita sekarang berada dalam kedudukan yang baik berbanding tahun lalu,” katanya.

Berita berkaitan

UMNO Perak sokong keputusan Zahid

Zahid Hamidi kembali!

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 5:31 PM