Johari Ghani meraih 25,042 undi dengan majoriti 4,632 undi dalam keputusan rasmi Pilihanraya Umum ke-15 di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi P119 Titiwangsa di Dewan Bestari SMK Aminuddin Baki. FOTO AZIAH AZMEE
Johari Ghani meraih 25,042 undi dengan majoriti 4,632 undi dalam keputusan rasmi Pilihanraya Umum ke-15 di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi P119 Titiwangsa di Dewan Bestari SMK Aminuddin Baki. FOTO AZIAH AZMEE
Mahaizura Abd Malik dan Affan Rostam


Kuala Lumpur: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berjaya merampas kembali kerusi berkenaan dengan majoriti 4,632 undi selepas meraih 25,042 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), hari ini.

Keputusan itu sekali gus menewaskan pencabarnya, Khalid Abdul Samad dari Pakatan Harapan (PH) yang meraih 20,410 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Dr Rosni Adam (14,518) serta Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang) meraih 888 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, di sini, pada 12.10 pagi ini.

Johari hadir ke pusat berkenaan bersama penyokongnya ketika keputusan diumumkan.

Seramai 60,858 daripada 80,747 pengundi keluar mengundi iaitu sebanyak 76.4 peratus, manakala 512 undi rosak.

Johari pernah memenangi kerusi ini pada Pilihan Raya Umum-13 (PRU-13), namun tewas kepada Datuk Seri Rina Harun (Bersatu) pada PRU-14 dengan majoriti 4,139 undi selepas memperoleh 23,840 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2022 @ 12:38 AM