Lelaki direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian wanita warga emas maut ditikam dengan gunting, di Relau semalam. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
Lelaki direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian wanita warga emas maut ditikam dengan gunting, di Relau semalam. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
Zuhainy Zulkiffli


Balik Pulau: Pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menikam ibunya dengan gunting sehingga wanita itu maut di Relau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret di sini, untuk menahan reman suspek berusia 40 tahun itu mulai hari ini.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita berusia 67 tahun maut dipercayai ditikam dengan gunting oleh anaknya yang mempunyai masalah mental.

Suspek juga dikatakan menghubungi abangnya kira-kira 5 petang, bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Suspek yang juga anak bongsu kemudian diberkas di unit kediaman pangsapuri berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 11:12 AM